Bahan bantu mengajar merupakan salah satu elemen penting di dalam P&P. Sehubungan dengan itu, pendedahan telah diberikan kepada peserta Kedap bagaimana membina bahan bantu mengajar bagi tujuan pendidikan anak di sekolah. Sesi P&P telah membahagikan 5 kumpulan dengan 6 orang ahli di dalam setiap kumpulan yang melibatkan kerja menggunting,mewarna,menyusun,menampal dan meletak tajuk pada carta yang dihasilkan. Carta yang dibina telah dipamerkan di kelas-kelas tahap satu dan juga di bilik pemulihan khas.
|
Kerja di dalam kumpulan sebagai satu pasukan menjana idea yang lebih baik |
|
Ketua kumpulan memainkan peranan dalam memberikan tugas agar berjalan lancar |
|
Susunan dan letakan memastikan bahan mudah difahami |