Isnin, 2 Disember 2013

21 NOVEMBER 2013 - JAMUAN AKHIR TAHUN KEDAP 2013

Meraikan peserta-peserta KEDAP tahun 2013,pihak sekolah dibawah pengurusan Program KEDAP telah mengadakan majlis ringkas jamuan akhir tahun. Majlis turut meraikan guru-guru lain yang banyak membantu dalam melincinkan lagi perjalanan program Kedap disekolah selain mengeratkan hubungan antara guru dan peserta-peserta Kedap yang rata-rata adalah ibu bapa kepada murid-murid di sekolah ini. Penglibatan peserta Kedap dengan pihak sekolah secara tidak langsung dapat membantu dalam memperkasakan lagi program Sarana Ibu Bapa yang melihat kerjasama yang berterusan. Semoga pada masa hadapan,ibu bapa yang terlibat dengan program Kedap ini menjadi pendorong kepada ibu bapa diluar sana untuk mengikuti program ini yang penuh dengan ilmu dan manfaat yang berguna di dalam kehidapan mereka.











Sabtu, 30 November 2013

14 NOVEMBER 2013- HARI ANUGERAH KECEMERLANGAN PELAJAR KEDAP TAHUN 2013

Menjadi tradisi setiap tahun, peserta-peserta KEDAP akan diraikan pada majlis akhir tahun bersama-sama pelajar SK (Asli) Bukit Kemandol. Majlis diserikan lagi dengan kehadiran Pengarah JAKOA Selangor,diiringi Pengarah JAKOA K.Langat, Tok Batin Taman Desa Kemandol dan Pengerusi JKKKP. Pada majlis ini juga, enam orang peserta Kedap mengambil bahagian dalam persembahan tarian seterusnya penyampaian sijil dan cenderamata kepada semua 30 peserta yang mengikuti program Kedap. Kemuncak acara adalah penyampaian tiga Anugerah KEDAP iaitu Peseta Aktif dan Komited (Pn. Norizah bt Keling), Peserta Prihatin & berwawasan (Pn. Zaiton) dan Peserta Usaha Maju (Pn. Miah bt Iga). Tahniah kepada semua peserta yang telah berjaya mengikuti program KEDAP sepanjang tahun 2013. Semoga ilmu yang diperolehi bermanfaat untuk kehidupan seharian dan masa akan datang.