Rabu, 24 Oktober 2012

24 OKT 2012 - HARI GRADUASI KEDAP

Bagi mengiktiraf penglibatan peserta kelas Kedap tahun 2012, satu majlis Hari Graduasi telah dijalankan oleh pihak sekolah. Antara lain majlis ini juga telah memberi anugerah kepada peserta-peserta yang menunjukkan prestasi yang cemerlang bukan sahaja dari segi akademik, tetapi juga penglibatan secara aktif di dalam kelas dan juga di sekolah. Dua anugerah khas telah diberikan iaitu Anugerah Peserta Komited dan berDedikasi telah disandang Pn. Rosehayati. Anugerah ini berdasarkan kepada sikap beliau yang sentiasa banyak membincangkan idea semasa di dalam kelas dan aktif malah turut terlibat dalam pelbagai aktiviti sekolah. Manakala anugerah kedua adalah Anugerah Peserta Berwawasan, telah dianugerahkan kepada Pn. Yah btt Diman. Beliau juga salah seorang peserta yang banyak bertanya berkenaan masa hadapan anak-anak dan sering meminta panduan daripada pihak sekolah dalam membantu meningkatkan prestasi diri dan juga masyarakat Orang Asli. Tahniah diucapkan. Pada majlis yang sama juga, peserta-peserta lain turut menerima sijil penghargaan di atas penglibatan mereka di dalam Kelas KEDAP sesi 2012 dan juga cenderamata berupa barangan kelengkapan diri. Mengakhiri majlis, Peserta Kedap mengadakan persembahan Dikir Lukah Menari. Majlis pada hari tersebut telah dirasmikan oleh Mantan Pegawai Pelajaran Daerah Klang, Pn. Hjh Kamariah dan turut hadir Pn. Hjh Siti Hajar.Pihak sekolah amat berbesar hati di atas kehadiran tetamu-tetamu VIP dalam memeriahkan lagi majlis ini.




Jumaat, 19 Oktober 2012

19 OKT 2012 - MURAL ALAM SEKITAR

Menyentuh topik persekitara semasa,pentingnya pengetahuan diberikan kepada peserta-peserta KEDAP akan menjaga alam sekitar. Sehubungan dengan itu, sesi P&P telah menerapkan kepentingan menjaga alam sekitar daripada kerosakan dengan mengambil beberapa contoh dipersekitaran mereka. Selain didedahkan kepada lagu-lagu alam dan lagu katemperori berkenaan alam sekitar, peserta juga diminta membina poster bertemakan alam sekitar yang indah. Akhir pengajaran,peserta secara berkumpulan diminta menjalankan khidmat bantu kepada sekolah dengan melukis mural di setiap kelas tahap dua bertemakan alam sekitar. Peserta memberikan komitmen sebaik mungkin dan menghasilkan mural yang begitu menarik dan menceriakan suasana.
Add caption









Isnin, 1 Oktober 2012

01 OKT 2012 - JOM MASAK JANJI SEDAP & BERKHASIAT - IKAN STIM

Menyedari akan keperluan pemakanan berkhasiat di kalangan masyarakat Orang Asli, sesi P&P turut mendedahkan kepada peserta akan kelas masakan. Kelas masakan ini antara lain menunjukkan kepada peserta bagaimana menyediakan hidangan yang bukan sahaja ringkas dan mudah,tetapi mempunyai zat pemakanan yang tinggi. Pada kali ini,peserta ditunjukkan bagaimana menyediakan ikan kukus, sambal telur dan sayur kangkung goreng belacan. Seperti biasa,peserta akan dibahagikan kepada 5 kumpulan untuk mencuba sendiri bagaimana menyediakan menu yang telah ditunjukkan. Menu ini dihidangkan untuk makanan tengah hari bersama dengan nasi putih. Rata-rata peserta yang menjalankan sendiri masakan setelah ditunjuk cara mengatakan mudah untuk disediakan dan sesuai dengan selera mereka. 
Saling membantu dan mengingatkan bahan-bahan yang perlu dimasukkan

Memastikan ikan yang di kukus benar-benar masak

Kerjasama memastikan menu yang dihidangkan masak dengan baik

Antara ikan kukus yang telah disiap dihias

Menumis bahan untuk hidangan kedua,sambal telur

Menu yang telah di masak sedia untuk dimakan

Cukup untuk dirasa dan dinikmati,bukan makan ikut hati,yang penting semua suka hati