PENGENALAN
Pendidikan membolehkan seseorang
individu menghadapi perubahan dan cabaran dari segi sosial, ekonomi dan
politik. Berlandas akan ini, Kurikulum Kelas Dewasa bagi Ibu Bapa Murid Orang
Asli dan Pribumi (KEDAP) dibina bagi menyediakan peluang kepada mereka yang
tidak berpeluang mengikuti pembelajaran di kelas formal menimba kemahiran
membaca, menulis dan mengira (3M) supaya mereka dapat menyesuaikan diri dalam
masyarakat majmuk yang kompleks. Adalah diharapkan akan timbul kesedaran oleh
peserta KEDAP bahawa proses pembelajaran harus berterusan hingga ke akhir hayat
dan ianya memberi motivasi untuk anak-anak mereka hadir ke sekolah dan
mengikuti pembelajaran.
MATLAMAT
Matlamat
Kurikulum KEDAP adalah untuk membantu ibu bapa murid Orang Asli dan Peribumi
meningkatkan tahap literasi mereka dan membentuk sikap positif terhadap
pembelajaran sepanjang hayat untuk meningkatkan taraf dan kualiti hidup.
OBJEKTIF KURIKULUM KEDAP
Selepas mengikuti kurikulum Kelas
Dewasa bagi Ibu Bapa Orang Asli dan Peribumi, ibu bapa murid Orang Asli dan
Peribumi dapat:
i.
Bertutur
dalam bahasa Malaysia dengan mudah dan jelas.
ii.
Membaca
bahan-bahan yang ditulis dalam bahasa Malaysia yang berkaitan dengan kehidupan harian.
iii.
Menulis dan memahami ide mudah.
iv.
Mengenal dan menulis angka-angka.
v.
Menyelesaikan masalah mengira yang mudah.
vi.
Berminat untuk menambah pengetahuan dan kemahiran dalam
penyelesaian masalah mengira.
vii.
Meningkatkan kemahiran komunikasi dan sosial.
viii.
Mempraktikkan amalan kekeluargaan, kesihatan, sivik dan
alam sekitar, ekonomi dan keselamatan.
ix.
Membaca dan memahami perkataan, frasa dan ayat Bahasa Inggeris yang mudah.
x.
Menulis dan memahami perkataan, frasa dan ayat Bahasa Inggeris yang mudah.
xi.
Bertutur/berkomunikasi menggunakan Bahasa Inggeris yang
mudah.
xii.
Menggunakan peralatan/perisian TMK untuk meningkatkan
kemahiran 3M.
xiii.
Mencari maklumat menggunakan TMK.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan