Sabtu, 10 November 2012

10 NO 2012 - LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE PUSAT PERANGINAN PORT DICKSON & PUSAT BORONG NILAI 3

Menutup tirai Program Kelas KEDAP tahun 2012 adalah lawatan sambil belajar ke dua buah tempat yang menarik di Malaysia iaitu pusat peranginan Port Disckson dan pusat borong Nilai 3.Selain bersantai di Pantai Telok Kemang, peserta juga di bawa ke Taman Burung Unta, Muzium dan Kota Lukut serta Muzium Tentera Darat.  Lawatan seperti ini bukan sahaja menambahkan pengetahuan terhadap persekitaran yang menarik malah menarik minat peserta akan sejarah dan fungsi sesuatu tempat. Setelah meluangkan masa setengah hari di pusat peranginan Port Dickson, peserta di bawa ke Pusat Borong terkenal iaitu Nilai 3. Ini memberi peluang kepada peserta untuk membeli barang-barang keperluan dan hiasan rumah. Kesempatan ini juga memberi peluang kepada peserta  mengetahui salah satu tempat yang menawarkan kepelbagaian dan boleh dikunjungi untuk masa akan datang. Lawatan berakhir di mana peserta menikmati makan malam di sebuah restoran sebelum bertolak pulang.




Khamis, 8 November 2012

08 NOV 2012 - BENGKEL SOLEKAN & TATAHIAS WAJAH

Bagi memastikan masyarakat Orang Asli sentiasa menjaga ketrampilan diri dan gaya, satu bengkel khas telah dijalankan untuk memberi pendedahan secara mendalam bagaimana meningkatkan keyakinan diri melalui solekan. Melalui bantuan jurusolek terkenal, Cikgu Afidzi telah meluangkan masa untuk memberi tip-tip yang sangat berguna untuk bersolek. Teknik solekan ditunjukkan menggunakan Pn. Leha sebagai model manakala peserta memerhatikan dengan teliti sebelum mereka cuba untuk mencantikkan wajah kawan mereka mengikut kumpulan yang telah ditetapkan.  Berdasarkan pemerhatian guru-guru yang turut hadir mendapati peserta-peserta Kedap ada yang berbakat dalam menghias wajah kawan mereka. Di harap,dengan adanya bengkel seperti ini, membantu masyarakat Orang Asli untuk lebih berkeyakinan tinggi dan sedar akan mereka juga mempunyai kecantikan semula jadi yang tiada beza dengan masyarakat luar.






Rabu, 7 November 2012

07 NOV 2012 - JAMUAN AKHIR TAHUN KEDAP

Meraikan peserta Kelas Dewasa bagi tahun 2012, satu majlis ringkas telah diadakan bersama-sama murid Tahun 6 di kantin sekolah. Antara menu yang dihidangkan adalah nasi tomato bersama dengan sate. Pada majlis ini juga beberapa guru memberikan beberapa ucapan ringkas,juga wakil daripada peserta Kelas KEDAP. Harapan pihak sekolah, semoga majlis seumpama ini dapat mengeratkan hubungan di kalangan guru dan peserta dan salah satu cara menghargai peserta-peserta KEDAP yang banyak membantu pihak sekolah.

Add caption



Rabu, 24 Oktober 2012

24 OKT 2012 - HARI GRADUASI KEDAP

Bagi mengiktiraf penglibatan peserta kelas Kedap tahun 2012, satu majlis Hari Graduasi telah dijalankan oleh pihak sekolah. Antara lain majlis ini juga telah memberi anugerah kepada peserta-peserta yang menunjukkan prestasi yang cemerlang bukan sahaja dari segi akademik, tetapi juga penglibatan secara aktif di dalam kelas dan juga di sekolah. Dua anugerah khas telah diberikan iaitu Anugerah Peserta Komited dan berDedikasi telah disandang Pn. Rosehayati. Anugerah ini berdasarkan kepada sikap beliau yang sentiasa banyak membincangkan idea semasa di dalam kelas dan aktif malah turut terlibat dalam pelbagai aktiviti sekolah. Manakala anugerah kedua adalah Anugerah Peserta Berwawasan, telah dianugerahkan kepada Pn. Yah btt Diman. Beliau juga salah seorang peserta yang banyak bertanya berkenaan masa hadapan anak-anak dan sering meminta panduan daripada pihak sekolah dalam membantu meningkatkan prestasi diri dan juga masyarakat Orang Asli. Tahniah diucapkan. Pada majlis yang sama juga, peserta-peserta lain turut menerima sijil penghargaan di atas penglibatan mereka di dalam Kelas KEDAP sesi 2012 dan juga cenderamata berupa barangan kelengkapan diri. Mengakhiri majlis, Peserta Kedap mengadakan persembahan Dikir Lukah Menari. Majlis pada hari tersebut telah dirasmikan oleh Mantan Pegawai Pelajaran Daerah Klang, Pn. Hjh Kamariah dan turut hadir Pn. Hjh Siti Hajar.Pihak sekolah amat berbesar hati di atas kehadiran tetamu-tetamu VIP dalam memeriahkan lagi majlis ini.




Jumaat, 19 Oktober 2012

19 OKT 2012 - MURAL ALAM SEKITAR

Menyentuh topik persekitara semasa,pentingnya pengetahuan diberikan kepada peserta-peserta KEDAP akan menjaga alam sekitar. Sehubungan dengan itu, sesi P&P telah menerapkan kepentingan menjaga alam sekitar daripada kerosakan dengan mengambil beberapa contoh dipersekitaran mereka. Selain didedahkan kepada lagu-lagu alam dan lagu katemperori berkenaan alam sekitar, peserta juga diminta membina poster bertemakan alam sekitar yang indah. Akhir pengajaran,peserta secara berkumpulan diminta menjalankan khidmat bantu kepada sekolah dengan melukis mural di setiap kelas tahap dua bertemakan alam sekitar. Peserta memberikan komitmen sebaik mungkin dan menghasilkan mural yang begitu menarik dan menceriakan suasana.
Add caption









Isnin, 1 Oktober 2012

01 OKT 2012 - JOM MASAK JANJI SEDAP & BERKHASIAT - IKAN STIM

Menyedari akan keperluan pemakanan berkhasiat di kalangan masyarakat Orang Asli, sesi P&P turut mendedahkan kepada peserta akan kelas masakan. Kelas masakan ini antara lain menunjukkan kepada peserta bagaimana menyediakan hidangan yang bukan sahaja ringkas dan mudah,tetapi mempunyai zat pemakanan yang tinggi. Pada kali ini,peserta ditunjukkan bagaimana menyediakan ikan kukus, sambal telur dan sayur kangkung goreng belacan. Seperti biasa,peserta akan dibahagikan kepada 5 kumpulan untuk mencuba sendiri bagaimana menyediakan menu yang telah ditunjukkan. Menu ini dihidangkan untuk makanan tengah hari bersama dengan nasi putih. Rata-rata peserta yang menjalankan sendiri masakan setelah ditunjuk cara mengatakan mudah untuk disediakan dan sesuai dengan selera mereka. 
Saling membantu dan mengingatkan bahan-bahan yang perlu dimasukkan

Memastikan ikan yang di kukus benar-benar masak

Kerjasama memastikan menu yang dihidangkan masak dengan baik

Antara ikan kukus yang telah disiap dihias

Menumis bahan untuk hidangan kedua,sambal telur

Menu yang telah di masak sedia untuk dimakan

Cukup untuk dirasa dan dinikmati,bukan makan ikut hati,yang penting semua suka hati

Sabtu, 15 September 2012

15 SEPTEMBER 2012 - PERSEMBAHAN LUKAH MENARI

Sempena Majlis Hari Raya SKBK tahun 2012, sekolah telah meminta kerjasama daripada peserta-peserta KEDAP mengadakan persembahan tarian tradisional Orang Asli iaitu Tarian Lukah Menari. Seramai enam orang peserta KEDAP terpilih dan memakai kostum yang menarik hadirin hadir pada hari tersebut. Tahniah dan terima kasih di atas kerjasama yang diberikan dalam memeriahkan lagi Majlis Hari Raya.
Add caption



Isnin, 16 Julai 2012

16 JULAI 2012 - BENGKEL BINA CARTA ABC

Bahan bantu mengajar merupakan salah satu elemen penting di dalam P&P. Sehubungan dengan itu, pendedahan telah diberikan kepada peserta Kedap bagaimana membina bahan bantu mengajar bagi tujuan pendidikan anak di sekolah. Sesi P&P telah membahagikan 5 kumpulan dengan 6 orang ahli di dalam setiap kumpulan yang melibatkan kerja menggunting,mewarna,menyusun,menampal dan meletak tajuk pada carta yang dihasilkan. Carta yang dibina telah dipamerkan di kelas-kelas tahap satu dan juga di bilik pemulihan khas. 
Kerja di dalam kumpulan sebagai satu pasukan menjana idea yang lebih baik

Ketua kumpulan memainkan peranan dalam memberikan tugas agar berjalan lancar

Susunan dan letakan memastikan bahan mudah difahami

Jumaat, 25 Mei 2012

25 MEI 2012 -MAJLIS PELANCARAN KEDAP 2012 SK (A) BUKIT KEMANDOL

Kelas Dewasa Ibu Bapa Murid Orang Asli, Penan dan Pribumi atau KEDAP diperkenalkan sekali lagi untuk tahun 2012. Pada kali ini, sebuah Majlis Perasmian Program Kedap telah diadakan di Dewan Gemilang SKBK pada 25 Mei 2012. Majlis ini telah dirasmikan oleh Pengarah JPS, Tn. Hj Mahmud dan turut serta penyelaras Program Kedap peringkat jabatan, Tn. Hj Mat Isa. Pada majlis ini juga diadakan penyampaian fail kepada peserta Kedap yang terpilih dan juga buku program sepanjang pelaksanaan program Kedap di sekolah. Berikut gambar sekitar majlis yang berlangsung.
Sebahagian peserta Kedap yang hadir

Tn Haji Mahmud menyampaikan ucapan

Tn Hj Mahmud meyampaikan folder kepada peserta

Antara peserta lelaki program Kedap

Ucapan tahniah diucapkan kepada peserta Kedap yang terpilih

Pn Uji antara peserta yang tersenarai

Pn. Maslimah selaku AJK Guru menyampaikan beberapa pesanan