Sabtu, 10 November 2012

10 NO 2012 - LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE PUSAT PERANGINAN PORT DICKSON & PUSAT BORONG NILAI 3

Menutup tirai Program Kelas KEDAP tahun 2012 adalah lawatan sambil belajar ke dua buah tempat yang menarik di Malaysia iaitu pusat peranginan Port Disckson dan pusat borong Nilai 3.Selain bersantai di Pantai Telok Kemang, peserta juga di bawa ke Taman Burung Unta, Muzium dan Kota Lukut serta Muzium Tentera Darat.  Lawatan seperti ini bukan sahaja menambahkan pengetahuan terhadap persekitaran yang menarik malah menarik minat peserta akan sejarah dan fungsi sesuatu tempat. Setelah meluangkan masa setengah hari di pusat peranginan Port Dickson, peserta di bawa ke Pusat Borong terkenal iaitu Nilai 3. Ini memberi peluang kepada peserta untuk membeli barang-barang keperluan dan hiasan rumah. Kesempatan ini juga memberi peluang kepada peserta  mengetahui salah satu tempat yang menawarkan kepelbagaian dan boleh dikunjungi untuk masa akan datang. Lawatan berakhir di mana peserta menikmati makan malam di sebuah restoran sebelum bertolak pulang.




Khamis, 8 November 2012

08 NOV 2012 - BENGKEL SOLEKAN & TATAHIAS WAJAH

Bagi memastikan masyarakat Orang Asli sentiasa menjaga ketrampilan diri dan gaya, satu bengkel khas telah dijalankan untuk memberi pendedahan secara mendalam bagaimana meningkatkan keyakinan diri melalui solekan. Melalui bantuan jurusolek terkenal, Cikgu Afidzi telah meluangkan masa untuk memberi tip-tip yang sangat berguna untuk bersolek. Teknik solekan ditunjukkan menggunakan Pn. Leha sebagai model manakala peserta memerhatikan dengan teliti sebelum mereka cuba untuk mencantikkan wajah kawan mereka mengikut kumpulan yang telah ditetapkan.  Berdasarkan pemerhatian guru-guru yang turut hadir mendapati peserta-peserta Kedap ada yang berbakat dalam menghias wajah kawan mereka. Di harap,dengan adanya bengkel seperti ini, membantu masyarakat Orang Asli untuk lebih berkeyakinan tinggi dan sedar akan mereka juga mempunyai kecantikan semula jadi yang tiada beza dengan masyarakat luar.






Rabu, 7 November 2012

07 NOV 2012 - JAMUAN AKHIR TAHUN KEDAP

Meraikan peserta Kelas Dewasa bagi tahun 2012, satu majlis ringkas telah diadakan bersama-sama murid Tahun 6 di kantin sekolah. Antara menu yang dihidangkan adalah nasi tomato bersama dengan sate. Pada majlis ini juga beberapa guru memberikan beberapa ucapan ringkas,juga wakil daripada peserta Kelas KEDAP. Harapan pihak sekolah, semoga majlis seumpama ini dapat mengeratkan hubungan di kalangan guru dan peserta dan salah satu cara menghargai peserta-peserta KEDAP yang banyak membantu pihak sekolah.

Add caption