Sabtu, 25 Mei 2013

25 MEI 2013 - LAWATAN KEDAP KE MELAKA

Lawatan merupakan salah satu aktiviti wajib di dalam takwim Kedap setiap tahun. Sehubungan dengan itu, jawatankuasa lawatan Kedap telah memilih negeri Melaka sebagai destinasi pelancongan pada kali ini. Peserta telah berkumpul seawal jam 700 pagi dan memulakan perjalanan pada setengah jam berikutnya. Antara tempat yang akan dikunjungi adalah Taman Rama-Rama dan juga Menara Taming Sari selain ke tempat-tempat yang terbuka sekitarnya. Peluang melawat tempat-tempat pelancongan ini antara lain mendedahkan kepada peserta akan persekitaran luar yang menarik dan menggalakkan mereka melancong pada masa akan datang. Di harap, peserta-peserta gembira dan menggunakan peluang yang diberikan dengan sebaik mungkin. Terima kasih kepada guru-guru yang telah mengiringi perjalanan peserta Kedap dan diharapkan dapat bersama lagi di masa akan datang.




























KHIDMAT BANTU SEKOLAH - SUDUT NILAM & KOKURIKULUM

Meningkatkan rasa tanggungjawab terhadap sekolah, antara lain sesi P&P adalah penglibatan di luar bilik darjah. Khidmat bantu merupakan salah satu usaha yang memberi peluang kepada peserta KEDAP untuk menambahbaik persekitaran sekolah dan untuk itu juga, mereka telah bersama-sama membantu di dalam mewujudkan sudut NILAM dan sudut Kokurikulum. Peserta membantu di dalam menampal kadboard dan juga membentuk tulisan sebagai tanda nama pada setiap sudut. Walaupun usaha yang ditunjukkan masih di peringkat permulaan, namun kerjasama yang telah diberikan telah menghasilkan sudut yang menarik dan menambahkan keceriaan persekitaran sekolah yang lebih bermaklumat. Terima kasih diucapkan dan diharap pada masa akan datang,aktiviti seperti ini tetap berterusan.





Isnin, 20 Mei 2013

PERASMIAN PROGRAM KEDAP TAHUN 2013

2 April 2013 - Bertempat di Dewan Gemilang SKBK, Majlis Perasmian Program Kedap telah dijalankan dengan dirasmikan oleh Pengarah JAKOA Negeri Selangor. Pada masa yang sama juga,majlis ini turut dihadiri Pn. Hajah Kamariah, PPD Klang, En. Azis b Abdullah (YDP PIBG), En. Keling Anak Dun (Pengerusi JKKK) dan Kelat Anak Budin (Tok Batin). Seramai 30 orang peserta yang terpilih telah tersenarai sebagai peserta KEDAP pada tahun ini. Pada majlis hari ini juga, peserta telah menerima beg masing-masing yang mengandungi buku panduan peserta sepanjang kelas ini berlangsung kelak. Pihak sekolah mengucapkan sekalung penghargaan kepada semua tetamu yang hadir dan tahniah kepada ibu bapa murid Orang Asli yang terpilih menyertai Program KEDAP pada tahun ini.