Isnin, 30 September 2013

SEKITAR ACARA SUKAN TAHUNAN

Memeriahkan lagi acara Sukan Tahunan Kali ke-17 adalah penyertaan peserta Kedap di dalam hiasan rumah sukan dan juga acara sukaneka.Di dalam hiasan rumah,peserta telah diagihkan mengikut rumah anak-anak mereka iaitu Biduk, Belantik dan Skorpio. Manakala untuk acara sukaneka, peserta secara individu bermain untuk acara 'Apple Lady' iaitu memakan buah epal terpantas, dan acara berkumpulan pula membawa bola ping pong dengan chopstik. Pihak sekolah mengucapkan ribuan terima kasih kepada peserta-peserta Kedap yang memberikan kerjasama sebaik mungkin sebelum, semasa dan selepas hari sukan sekolah dan tahniah di atas kemenangan dalam acara yang telah disertai.




















MASAK-MASAK MENU NASI KERABU

Pada kali ini, peserta kedap telah didedahkan dengan penyediaan menu masakan Kelantan iaitu Nasi Kerabu yang ditunjuk cara oleh Pn. Norini bt Yahya iaitu GPK HEM. Peserta telah diagihkan tugas sebelum dan semasa penyediaan bahan antaranya menyediakan ulam-ulaman, menggoreng ayam berempah dan keropok, memasaka nasi dan menyediakan air. Kelas yang berlangsung selama dua jam itu berakhir dengan semua peserta menikmati hidangan yang sungguh lazat dari pantai timur ini.















PROGRAM MOTIVASI & KERJAYA

Meningkatkan lagi kesedaran di kalangan peserta-peserta Kedap mengenai halatuju pendidikan anak-anak,satu program telah di adakan iaitu Ceramah Motivasi & Kerjaya: Laluan Menuju Kejayaan telah diadakan dengan penglibatan ibu bapa dan murid-murid. Ceramah ini antara lain memberi pengetahuan berkenaan usaha-usaha kerajaan dalam memberi kemudahan pendidikan teruatamanya masyarakat Orang Asal selain memberi panduan kepada mereka untuk membantu anak-anak mencapai kejayaan di masa akan datang.