Khamis, 8 Disember 2011

08 OKT 2011 - BOATING DI CRUISE TASIK PUTRAJAYA

Program lawatan sambil belajar antara lain ingin mendedahkan kepada peserta akan keunikan sesuatu tempat tarikan pelancong dan membuka minda akan tempat-tempat baru yang belum pernah dialami oleh peserta. Sehubungan dengan itu, peserta pada kali ini telah di bawa menaiki bot menggunakan perkhidmatan Cruise Tasik Putrajaya mengelilingi Tasik Putrajaya. Walaupun tempoh perjalanan yang singkat, namun peserta sekurang-kurangnya mengalami pengalaman baharu yang menyeronokkan pada masa yang sama melihat pembangunan Putrajaya yang sangat cantik dan menarik. Mengakhiri lawatan pada hari tersebut, peserta telah dibawa ke pusat borong peralatan rumah terkemuka di Malaysia, iaitu Nilai 3. Adalah di harapkan peserta memanfaatkan pengalaman yang telah dilalui dan jadikan salah satu kenangan yang menyeronokkan sepanjang mengikuti kelas Kedap ini.Pesert
Add caption




Rabu, 24 Ogos 2011

SEMARAKKAN SAMBUTAN KEMERDEKAAN

Perayaan Sambutan Bulan Kemerdekaan telah bermula pada 01 Ogos 2011 lagi. Pada kesempatan ini juga, peserta kedap mengambil kesempatan bersama pihak sekolah dengan membina kain rentang bagi menyambut bulan kemerderkaan yang ke-55. Sambutan berterusan ini turut melibatkan sambutan Hari Malaysia pada 16 September. Usaha peserta ini amat dihargai pihak sekolah dan kain rentang ini digantung di hadapan Kelas Pemulihan Khas yang juga menghadap dataran perhimpunan. 


Isnin, 25 Julai 2011

25 JULAI 2011 - KELAS SOLEKAN & TATAHIAS WAJAH

Menjadi idaman setiap orang ingin kelihatan cantik. Disebabkan majoriti peserta kedap adalah wanita,menjadi satu kelebihan bagi Kelas Kedap menganjurkan bengkel solekan dan tatahias wajah untuk membantu peserta kedap mengetahui teknik dan cara yang betul di dalam pemilihan alat solek dan penggunaannya. Sehubungan dengan itu, penyelaras kelas kedap telah menjemput Cikgu Afidzi b. Nor Mohd, juga guru Bahasa Inggeris SKBK untuk memberi tunjuk ajar kepada peserta bagaimana cara bersolek dengan betul. Sebelum peserta diminta menjalankan praktikal di dalam kumpulan masing-masing, Cikgu Afidzi telah menggunakan model murid tahun 6, Aisyah bt Lalat sebagai model dan contoh bagi tek
nik-teknik dan langkah solekan asas. Melalui kerja berkumpulan, hasil solekan peserta ke atas model di dalm setiap kumpulan menunjukkan hasil yang amat memberangsangkan.
Peserta memerhatikan Cikgu Afidzi menyolek adik Aisyah

Peserta mencuba sendiri ke atas model di dalam kumpulan masing-masing

Lapisan bedak asas bagi lapisan kulit di sapu

Memastikan solekan pada kening rapi

Barisan model mengikut kumpulan dipamerkan untuk penilaian markah

Khamis, 14 Julai 2011

14 JULAI 2011 - Kemahiran 3K - Komputer

Sepanjang bulan Ogos, pelaksanaan P&P melibatkan tugasan menggunakan komputer. Walaubagaimanapun, modul ringkas telah disediakan daripada asas penggunaan komputer sebelum guru memperkenalkan kepada aplikasi asas Microsoft Office - Word & Powerpoint. Rata-rata peserta walaupun agak kekok menggunakan komputer buat pertama kali, namun menunjukkan peningkatan yang baik dalam mempelajari aplikasi komputer yang agak pelbagai. Namun begitu, modul Internet menarik minat mereka kerana membolehkan mendapatkan pelbagai maklumat yang berguna,menarik dan juga menghiburkan. Kesedaran seperti ini lah yang mahu diberikan kepada peserta agar mereka tidak ketinggalan dari segi arus kemajuan teknologi yang dikecapi negara.
Peserta belajar menaip berdasarkan ayat di dalam akhbar

Sikap bekerjasama-seorang membaca dan seorang menaip

Set komputer yang terhad dapat dimanfaatkan sebaik mungkin

14 JULAI 2011 - MASAK-MASAK NASI AYAM ENAK

Salah satu komponen P&P di dalam modul kelas kedap secara umum menyentuh berkenaan kesihatan. Kesihatan terbahagi kepada beberapa bahagian termasuklah salah satunya adalah makanan. Sehubungan dengan itu, P&P berkenaan penyediaan makanan berkhasiat telah di jalankan oleh Pn. Maslimah Abd Majid dengan memasak 'Nasi Ayam Enak Kedap'. Peserta di tunjukkan cara penyediaan nasi dan bersama-sama menyediakan bahan sehinggalah nasi masak dan di jamu bersama. Kemahiran ini setidak-tidaknya membantu para peserta menyediakan makanan yang lebih baik untuk anak-anak mereka.
Peserta bersama mengupas bahan-bahan untuk masakan

Nasi dimasak menggunakan rice cooker

Menggoreng ayam

Turut kelihatan peserta lelaki bersama ulam tomato

Nasi ayam sedia untuk di makan bersama-sama

Jumaat, 8 Julai 2011

05 JULAI 2011 - KEJOHANAN SUKAN PADANG & BALAPAN SKBK 2011

Memeriahkan lagi Sukan Tahunan SKBK 2011 adalah Kejohanan Sukan Balapan dan Padang yang di adakan di padang sekolah. Penyertaan kali ini turut melibatkan peserta Kelas KEDAP membabitkan acara olahraga 100 meter acara individu dan 100m x 4 acara berpasukan. Penyertaan peserta Kedap menunjukkan semangat kesukanan yang tinggi di kalangan peserta dan memberi kesedaran kepada mereka akan kempen gaya hidup sihat. Pemenang dan semua peserta yang terlibat menerima hadiah masing-masing dan menjadi pendorong kepada mereka untuk turut bersaing secara sihat sama ada di dalam pelajaran mahupun sukan. Tahniah diucapkan.
Salah seorang peserta kedap menamatkan larian

Bersedia untuk memulakan larian

Sabtu, 9 April 2011

09 APRIL 2011 - TAKLIMAT PROGRAM KEDAP TAHUN 2011

Bertempat di Dewan Cemerlang SKBK, satu taklimat berkenaan Program Kelas KEDAP bagi tahun 2011 telah di adakan. Seramai 30 orang peserta telah terpilih bagi mengikuti kelas yang di adakan pada sebelah petang hari persekolah. Pada hari ini juga, diadakan Ujian Saringan bagi menentukan tahap penguasaan peserta KEDAP bagi subjek membaca dan menulis dan juga mengira. Pihak sekolah mengucapkan tahniah kepada semua peserta yang telah dipilih dan diharapkan program / kelas ini mampu meningkatkan kadar celik huruf di samping memberi kesedaran akan kepentingan pendidikan.
Sebahagian peserta-peserta yang hadir

YDP PIBG En. Azis b Abdullah menyampaikan ucapan

Peserta menduduki ujian saringan bagi melihat tahap penguasaan