Sepanjang bulan Ogos, pelaksanaan P&P melibatkan tugasan menggunakan komputer. Walaubagaimanapun, modul ringkas telah disediakan daripada asas penggunaan komputer sebelum guru memperkenalkan kepada aplikasi asas Microsoft Office - Word & Powerpoint. Rata-rata peserta walaupun agak kekok menggunakan komputer buat pertama kali, namun menunjukkan peningkatan yang baik dalam mempelajari aplikasi komputer yang agak pelbagai. Namun begitu, modul Internet menarik minat mereka kerana membolehkan mendapatkan pelbagai maklumat yang berguna,menarik dan juga menghiburkan. Kesedaran seperti ini lah yang mahu diberikan kepada peserta agar mereka tidak ketinggalan dari segi arus kemajuan teknologi yang dikecapi negara.
|
Peserta belajar menaip berdasarkan ayat di dalam akhbar |
|
Sikap bekerjasama-seorang membaca dan seorang menaip |
|
Set komputer yang terhad dapat dimanfaatkan sebaik mungkin |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan