Menyedari akan keperluan pemakanan berkhasiat di kalangan masyarakat Orang Asli, sesi P&P turut mendedahkan kepada peserta akan kelas masakan. Kelas masakan ini antara lain menunjukkan kepada peserta bagaimana menyediakan hidangan yang bukan sahaja ringkas dan mudah,tetapi mempunyai zat pemakanan yang tinggi. Pada kali ini,peserta ditunjukkan bagaimana menyediakan ikan kukus, sambal telur dan sayur kangkung goreng belacan. Seperti biasa,peserta akan dibahagikan kepada 5 kumpulan untuk mencuba sendiri bagaimana menyediakan menu yang telah ditunjukkan. Menu ini dihidangkan untuk makanan tengah hari bersama dengan nasi putih. Rata-rata peserta yang menjalankan sendiri masakan setelah ditunjuk cara mengatakan mudah untuk disediakan dan sesuai dengan selera mereka.
Saling membantu dan mengingatkan bahan-bahan yang perlu dimasukkan |
Memastikan ikan yang di kukus benar-benar masak |
Kerjasama memastikan menu yang dihidangkan masak dengan baik |
Antara ikan kukus yang telah disiap dihias |
Menumis bahan untuk hidangan kedua,sambal telur |
Menu yang telah di masak sedia untuk dimakan |
Cukup untuk dirasa dan dinikmati,bukan makan ikut hati,yang penting semua suka hati |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan