Rabu, 24 Oktober 2012

24 OKT 2012 - HARI GRADUASI KEDAP

Bagi mengiktiraf penglibatan peserta kelas Kedap tahun 2012, satu majlis Hari Graduasi telah dijalankan oleh pihak sekolah. Antara lain majlis ini juga telah memberi anugerah kepada peserta-peserta yang menunjukkan prestasi yang cemerlang bukan sahaja dari segi akademik, tetapi juga penglibatan secara aktif di dalam kelas dan juga di sekolah. Dua anugerah khas telah diberikan iaitu Anugerah Peserta Komited dan berDedikasi telah disandang Pn. Rosehayati. Anugerah ini berdasarkan kepada sikap beliau yang sentiasa banyak membincangkan idea semasa di dalam kelas dan aktif malah turut terlibat dalam pelbagai aktiviti sekolah. Manakala anugerah kedua adalah Anugerah Peserta Berwawasan, telah dianugerahkan kepada Pn. Yah btt Diman. Beliau juga salah seorang peserta yang banyak bertanya berkenaan masa hadapan anak-anak dan sering meminta panduan daripada pihak sekolah dalam membantu meningkatkan prestasi diri dan juga masyarakat Orang Asli. Tahniah diucapkan. Pada majlis yang sama juga, peserta-peserta lain turut menerima sijil penghargaan di atas penglibatan mereka di dalam Kelas KEDAP sesi 2012 dan juga cenderamata berupa barangan kelengkapan diri. Mengakhiri majlis, Peserta Kedap mengadakan persembahan Dikir Lukah Menari. Majlis pada hari tersebut telah dirasmikan oleh Mantan Pegawai Pelajaran Daerah Klang, Pn. Hjh Kamariah dan turut hadir Pn. Hjh Siti Hajar.Pihak sekolah amat berbesar hati di atas kehadiran tetamu-tetamu VIP dalam memeriahkan lagi majlis ini.




Tiada ulasan:

Catat Ulasan